<--ur post--//>
Monday, August 13, 2007
Peristiwa Di Hutan Lumut
Oleh
Mohammed Hambali
Menengah3E
“Oi Hambali, bangun,” Aku terdengar suatu suara.
Aku pun celik mataku. Aku masih rasa kepenatan dari ekspedisi hari yang lalu. Jam sudah pukul lima setengah pagi. Kebanyakan kawan-kawanku sudah pun bersiap sedia. Aku terus mengambil tualaku dan pakaianku untuk mandi. Setelah selesai, aku pun memeriksa beg untuk memastikan tiada apa-apa yang tertinggal. Aku pun mengambil beg tersebut dan mengikuti kawan-kawanku ke padang kawasan Outwardbound Lumut.
Setibanya di situ, aku pun turut menyanyi lagu kebangsaan Singapura. Setelah itu, kami diberi sebuah beg plastik yang mengandungi makanan untuk aktiviti yang akan datang. Semua murid sedang berasa agak risau kerana kami harus berkhemah bersendirian di dalam hutan. Murid-murid akan diberi suatu lokasi di dalam hutan berdekatan dan mereka harus tinggal di kawasan tersebut selama satu hari. Setelah itu, guru-guru pun membawa murid-murid ke hutan tersebut.
Semua murid diletakkan sejauh 15 meter dari satu sama lain. Bila tiba di kawasanku, aku pun meletakkan beg di tepi sebuah pokok dan mula memeriksa kawasan tersebut. Terdapat beberapa batu-bata di tengah kawasanku dan serbuk belerang ditaburkan di sekeliling kawasanku.
Setelah beberapa minit kemudian, aku mula menaikkan khemahku. Aku sengaja mengambil masa yang lama untuk melakukan tersebut kerana aku tahu tiada apa-apa lagi yang aku boleh lakukan untuk menghilangkan kebosanan. Setelah selesai, aku pun masuk ke dalamnya dan baring sebentar. Aku sudah mula berasa bosan kerana tidak tahu apa lagi yang aku boleh lakukan. Tidak lama kemudian, aku pun tertidur.
Bila aku tersedar, jam sudah pukul 3 petang. Aku tidak sedar yang aku telah tertidur selama sejam. Aku pun mengumpul kayu api untuk masak. Tidak beberapa lama kemudian, aku pulang ke khemahku dengan kayu api yang telah dikumpul. Dengan hanya menggunakan selidi mancis, aku telah berjaya menyalakan api yang agak besar. Aku tersenyum kepuasan dan mula memasak untuk makan petang.
Tiba-tiba, aku terdengar seperti seorang sedang mejalan ke arah kawasan perkhemahanku. Aku fikir mungkin guru sedang memeriksa keadaan murid-murid atau kawanku yang sudah merasa bosan telah datang untuk berbual. Aku pun menoleh ke arah suara tersebut. Tiba-tiba suara perjalanan tersebut berhenti. Aku ternampak seperti seorang lelaki yang sedang mengangkat sebuah benda berwarna merah. Aku tidak pasti sesiapa orang tersebut kerana dia sedang berdiri di belakang beberapa dahan. Aku pun cuba memeriksa orang tersebut.
Megapakah dia diam sahaja? Aku mula tertanya bersendirian. Tiba-tiba, ia mengaum dengan amat kuat. Aku terus berdiri dan mula melari ke arah kawasan perkhemahan guru di atas bukit berdekatan. Hatiku mula berdegup dengan pantas. Aku ketakutan sambil kekaguman.
Setibanya di kawasan perkhemahan guru, aku terdapat dia sedang tidur. Aku terus mengejutkannya dan memberitahunya tentang kejadian tersebut. Pada masa itu, aku mula berasa marah. Beberapa kali aku memberitahunya ia agak tinggi dan mukanya merah terang tetapi dia hanya mengatakan ia seekor babi hutan. Dengan itu, aku pun pulang ke kawasan perkhemahanku.
Aku berjalan dengan perlahan-lahan. Aku masih berasa ketakutan. Setelah lima minit, aku pun masuk ke dalam khemahku. Aku tidak dapat lupakan peristiwa tersebut. Aku hanya duduuk di dalam khemahku kerana takut makhluk tersebut akan pulang semula. Beberapa minit sebulum maghrib, aku telah menyalakan api sekali lagi. Aku meletakkan semua kayu apiku ke dalam api tersebut supaya ia akan tahan sampai larut malam. Setelah itu, aku cuba tidur, tetapi tidak berjaya.
Apabila malam tiba, ketakutanku mula meninggi. Hutan itu sudah menjadi gelap sekali. Aku tidak dapat lihat luar khemahku tanpa lampu suluh. Apabila aku terdengar apa-apa sahaja berjalan, aku akan mengetukkan botol airku dengan lampu suluh. Guru tersebut telah menyuruhku melakukan tersebut jika makhluk tersebut pulang semula ke kawasan perkhemahaku.
Masa seperti tidak berjalan. Aku berasa seperti sudah satu jam yang lalu tetapi hanya lima minit. Aku tidak dapat tidur sampai jam empat pagi. Tiga jam kemudian, kawanku telah mengejutkanku dan menolongku bersiap untuk pulang ke kawasan Outwardbound Lumut. Ketakutanku terus hilang. Aku tidak sabar untuk melakukan tersebut.
Seminggu kemudian, setelah aku sampai ke Singapura, aku pun cuba mencari di tapak halaman internet makhluk yang aku telah terjumpa di hutan tersebut. Binatang yang paling dekat rupanya ialah sejenis monyet. Setelah membacai diskripsi monyet tersebut, aku terkagum. Monyet tersebut hanya boleh didapati di Amerika dan ia tidak beberapa tinggi. Tidak mungkin monyet tersebut makhluk yang aku telah ternampak. Aku pun menggaruk kepalaku.
kakashi kicks aT 6:16 PM
Profile
Nama :Mohammed Hambali Bin Mohammed Shaafi
Umur :14
Sekolah :Sekolah Mengah Fairfield Methodist
Cca :Ncc
Ini pertama kali saya telah membuat sebuah blog. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah, tolong jolokkan. Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Saya dari kelas 3E. Saya suka menonton anime.Anime, ialah kartun Jepun. Anime kegemaran saya ialah Naruto!!Sebeb itulah saya telah memilih blog skin ini. Hatake Kakashi ialah watak kegemaran saya(gambar di sebelah kanan).Lagu yang kamu mendengar sekarang ialah dari wayang gambar Rocky. Lagu ini lagu kegemaran saya kerana ia menginspirasi saya.
memories
February 2007
March 2007
June 2007
August 2007
Links
munirah
siti
joleena
frens
frens
frens
frens
frens
frens
credits
Wicked Brainiac
ARLO..
Selamat Datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!. Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!! Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!! Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!! Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!Selamat datang Ke Blog Saya!!