Wednesday, February 7, 2007
**Remaja hari ini tidak memerlukan sahabat kerana mereka boleh bergantung kepada kebendaan seperti alat pemain MP3, internet dan sebagainya sebagai teman menghibur diri. Setujukah kamu?**
Saya tidak setuju dengan apa yang telah dikatakan. Remaja pada zaman ini tidak begantung kepada alat-alat tersebut sebagai teman menghibur diri. Memang betul ramai remaja sentiasa dinampak menggunakan alat-alat tersebut, tetapi mereka pasti ada sekurang-kurangnya seorang sahabat.
Tiada manusia boleh hidup tanpa kawan. Pertama kali, seseorang kawan didefinasikan sebgai seorang sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan. Pada zaman ini, kawan-kawan sangat penting kepada remaja. Ini kerana masa ini masa mereka megalami pelbagai emosi seperti tekanan, kesedihan, kejayaan dan sebagainya, Mereka mengunjungi kawan-kawan mereka untuk mencari pertolongan jika mereka menghadapi masalah emosi-emosi tersebut. Pada pendapat saya, ini kerana mereka berasa malu untuk mencari petolongan dari ahli keluarga mereka.
Alat-alat tersebut pasti tidak boleh menggantikan kawan-kawan. Ini kerana mereka tidak boleh berbual. Saya pasti jika seseorang remaja melupakan kawan-kawannya mala bergantung kepada alat-alat tersebut, dia tentu akan kebosanan. Walaupun alat-alat tersebut menarik, Mereka tidak boleh berubar. Selepas beberapa tahun, alat-alat itu masih sama. Malah, seseorang kawan akan berbual tentang perkara lain setiap hari. Dia tidak akan mengatakan atau melakukan benda yang sama setiap hari. Sebab ini, kita tentu tidak akan berasa bosan.
Walaupun itu, saya setuju sedikit tentang apa yang telah dikatakan. Jika seseoang remaja telah mendapati sebuah peralatan baru, dia kadang-kala akan terlupa kawan-kawannya. Sebab ini boleh dikatakan kerana mereka jakun. Saya juga bergitu. Tetapi, selepas menggunakan alat-alat baru itu berkali-kali, kita tentu mula berasa bosan. Alat-alat tersebut digunakan oleh remaja sebagai barangan hiburan. Mereka menggunakannya apabila mereka bosan.
Dengan itu, saya berpendapat bahawa remaja tentu memerlukan kawan-kawan mereka kerana hidup mereka akan menjadi sangat bosan dan banyak masalah dihadapinya tidak dapat diselesaikan. Juga, tiada orang akan meninggalkan kawan-kawan mereka untuk alat-alat tersebut. Ini kerana kawan-kawan mereka terlalu berharga.
kakashi kicks aT 11:26 PM