Sunday, February 25, 2007
Kawalan ibu bapa yang ketat terhadap gerak-geri anak-anak mereka amat perlu dewasa ini. Apa pendapat kamu?
Pertama kali, definasi “kawalan” bagi pihak ibu bapa pada saya ialah kementerian mereka terhadap anak-anak mereka. Ini amat penting dalam sebuah keluarga kerana ia memastikan anak-anak mereka menjadi seseorang individu yang bertanggungjawap. Sebab ini, saya bersetuju dengan apa yang telah dikatakan.
Remaja dewasa perlu kawalan ibu bapa mereka. Ini kerana masa remaja masa yang sangat kritikal dalam hidupan mereka. Pada masa inilah perlakauan mereka akan mempengerahui diri mereka. Remaja juga senang dipengerahui oleh sahabat-sahabat mereka. Contohnya, terdapat lebih 10% jumlah remaja yang merokok. Ramai dipengerahui oleh sahabat-sahabat mereka terutamanya di sekolah. Ini menunjukkan kawalan ketat terhadap gerak-geri mereka amat penting.
Tetapi, kawalan ketat terhadap mereka juga tidak beberapa baik. Ini kerana perasaan “tidak bebas” akan menimbul. Ini boleh menyebabkan remaja itu sengaja melakukan yang tidak sesuai untuk menentang kawlalan ketat itu. Kadang-kala, apa yang dilakukan boleh mengakibatkan kesihatan mereka menurun atau mereka ditangkap oleh polis. Ini menunjukkan kawalan yang terlalu ketat juga tidak bagus.
Ibu bapa saya mengizinkan saya keluar bersama kawan-kawan saya untuk melakukan apa-apa sahaja. Tetapi, mereka akan mengingatkan saya supaya berkelakuan yang baik. Mereka tidak akan mengizinkan saya keluar terlalu banyak kali. Ini menunjukkan mereka mengawal kelakuan saya, tetapi tidak terlalu ketat. Semua orang akan rasa kepuasan, saya dapat keluar, ibu bapa tahu saya tahu saya tidak akan sesat jalan.
Dengan itu, saya rasa ibu bapa harus mengawal anak-anak mereka tetapi pengawalan ini tidak boleh terlalu ketat. Ia juga tidak boleh terlalu longgar.
kakashi kicks aT 7:57 AM