Sunday, February 25, 2007
Remaja dan Tatu. Bincangkan.
Pada zaman ini, remaja-remaja lebih berani. Mereka mampu menghadapi kesakitan yang teruk untuk mengadakan tatu di badan mereka. Pada mereka, tatu ialah lambang kekuatan dan kebenarian. Terdapat agak ramai remaja yang bertatu. Mereka boleh dijumpa di mana-mana sahaja.
Proses untuk mengadakan tatu sangat menyakitkan. Jika seseorang itu tidak berasa gemar dengan tatunya selepas diadakan di badannya, dia tidak boleh menukarnya. Proses membuang tatu mahal dan lebih menyakitkan. Ia juga akan meninggalkan sebuah bekas luka di tempat tatu itu. Terang sekali kita boleh melihat yang untuk mengadakan sebuah tatu mahal.
Bisanya, remaja mengadakan tatu kerana mereka mahu berlainan dari orang lain. Mereka mahu dianggapi sebagai istimewa. Pada pendapat saya, betul mereka istimewa tetapi bukan dalam segi yang baik. Tatu merosakkan imej seseorang itu. Tentu sekali pendapat pertama yang akan datang kepada seseorang apabila dia melihati seorang yang betatu ialah dia seseorang yang jahat. Ini berlaku setiap kali. Naluri kita akan menyebabkan kita tidak mahu mendekati remaja-remaja sebegitu. Ini menunjukkan tatu tidak disukai oleh masyarakat kita.
Pada zaman ini, agak ramai remaja tidak ada kaitan rapat bersama keluarga mereka. Kadang-kala, ini menyebabkan mereka senang dipengerahui oleh kawan-kawan mereka. Mereka berasa lebih selamat bersama kawan-kawan mereka. Ini sering menyebabkan mereka memasuki kumpulan penjahat. Di situlah mereka akan melakukan hampir-hampir apa sahaja yang kawan-kawan mereka menyuruhi. Antara apa yang disuruhi biasanya mengadakan tatu untuk menunjukkan mereka di dalam kumpulan tersebut.
Dengan itu, saya berpendapat bahawa isu remaja bertatu boleh dielakkan. Antara cara-cara untuk melakukan tersebut ialah ibu bapa harus menunjukkan kesayangan mereka terhadap anak-anak mereka dengan memuji mereka atau keluar melakukan aktiviti bersama mereka. Ini akan memberitahu anak-anak mereka yang mereka disayangi. Sebab inilah mereka tidak akan melakukan yang tidak senonoh seperti mengadakan tatu untuk menentang kawalan ibu bapa mereka.
kakashi kicks aT 9:36 PM
Kawalan ibu bapa yang ketat terhadap gerak-geri anak-anak mereka amat perlu dewasa ini. Apa pendapat kamu?
Pertama kali, definasi “kawalan” bagi pihak ibu bapa pada saya ialah kementerian mereka terhadap anak-anak mereka. Ini amat penting dalam sebuah keluarga kerana ia memastikan anak-anak mereka menjadi seseorang individu yang bertanggungjawap. Sebab ini, saya bersetuju dengan apa yang telah dikatakan.
Remaja dewasa perlu kawalan ibu bapa mereka. Ini kerana masa remaja masa yang sangat kritikal dalam hidupan mereka. Pada masa inilah perlakauan mereka akan mempengerahui diri mereka. Remaja juga senang dipengerahui oleh sahabat-sahabat mereka. Contohnya, terdapat lebih 10% jumlah remaja yang merokok. Ramai dipengerahui oleh sahabat-sahabat mereka terutamanya di sekolah. Ini menunjukkan kawalan ketat terhadap gerak-geri mereka amat penting.
Tetapi, kawalan ketat terhadap mereka juga tidak beberapa baik. Ini kerana perasaan “tidak bebas” akan menimbul. Ini boleh menyebabkan remaja itu sengaja melakukan yang tidak sesuai untuk menentang kawlalan ketat itu. Kadang-kala, apa yang dilakukan boleh mengakibatkan kesihatan mereka menurun atau mereka ditangkap oleh polis. Ini menunjukkan kawalan yang terlalu ketat juga tidak bagus.
Ibu bapa saya mengizinkan saya keluar bersama kawan-kawan saya untuk melakukan apa-apa sahaja. Tetapi, mereka akan mengingatkan saya supaya berkelakuan yang baik. Mereka tidak akan mengizinkan saya keluar terlalu banyak kali. Ini menunjukkan mereka mengawal kelakuan saya, tetapi tidak terlalu ketat. Semua orang akan rasa kepuasan, saya dapat keluar, ibu bapa tahu saya tahu saya tidak akan sesat jalan.
Dengan itu, saya rasa ibu bapa harus mengawal anak-anak mereka tetapi pengawalan ini tidak boleh terlalu ketat. Ia juga tidak boleh terlalu longgar.
kakashi kicks aT 7:57 AM
Wednesday, February 7, 2007
**Remaja hari ini tidak memerlukan sahabat kerana mereka boleh bergantung kepada kebendaan seperti alat pemain MP3, internet dan sebagainya sebagai teman menghibur diri. Setujukah kamu?**
Saya tidak setuju dengan apa yang telah dikatakan. Remaja pada zaman ini tidak begantung kepada alat-alat tersebut sebagai teman menghibur diri. Memang betul ramai remaja sentiasa dinampak menggunakan alat-alat tersebut, tetapi mereka pasti ada sekurang-kurangnya seorang sahabat.
Tiada manusia boleh hidup tanpa kawan. Pertama kali, seseorang kawan didefinasikan sebgai seorang sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan. Pada zaman ini, kawan-kawan sangat penting kepada remaja. Ini kerana masa ini masa mereka megalami pelbagai emosi seperti tekanan, kesedihan, kejayaan dan sebagainya, Mereka mengunjungi kawan-kawan mereka untuk mencari pertolongan jika mereka menghadapi masalah emosi-emosi tersebut. Pada pendapat saya, ini kerana mereka berasa malu untuk mencari petolongan dari ahli keluarga mereka.
Alat-alat tersebut pasti tidak boleh menggantikan kawan-kawan. Ini kerana mereka tidak boleh berbual. Saya pasti jika seseorang remaja melupakan kawan-kawannya mala bergantung kepada alat-alat tersebut, dia tentu akan kebosanan. Walaupun alat-alat tersebut menarik, Mereka tidak boleh berubar. Selepas beberapa tahun, alat-alat itu masih sama. Malah, seseorang kawan akan berbual tentang perkara lain setiap hari. Dia tidak akan mengatakan atau melakukan benda yang sama setiap hari. Sebab ini, kita tentu tidak akan berasa bosan.
Walaupun itu, saya setuju sedikit tentang apa yang telah dikatakan. Jika seseoang remaja telah mendapati sebuah peralatan baru, dia kadang-kala akan terlupa kawan-kawannya. Sebab ini boleh dikatakan kerana mereka jakun. Saya juga bergitu. Tetapi, selepas menggunakan alat-alat baru itu berkali-kali, kita tentu mula berasa bosan. Alat-alat tersebut digunakan oleh remaja sebagai barangan hiburan. Mereka menggunakannya apabila mereka bosan.
Dengan itu, saya berpendapat bahawa remaja tentu memerlukan kawan-kawan mereka kerana hidup mereka akan menjadi sangat bosan dan banyak masalah dihadapinya tidak dapat diselesaikan. Juga, tiada orang akan meninggalkan kawan-kawan mereka untuk alat-alat tersebut. Ini kerana kawan-kawan mereka terlalu berharga.
kakashi kicks aT 11:26 PM