Monday, August 13, 2007
Peristiwa Di Hutan Lumut
Oleh
Mohammed Hambali
Menengah3E
“Oi Hambali, bangun,” Aku terdengar suatu suara.
Aku pun celik mataku. Aku masih rasa kepenatan dari ekspedisi hari yang lalu. Jam sudah pukul lima setengah pagi. Kebanyakan kawan-kawanku sudah pun bersiap sedia. Aku terus mengambil tualaku dan pakaianku untuk mandi. Setelah selesai, aku pun memeriksa beg untuk memastikan tiada apa-apa yang tertinggal. Aku pun mengambil beg tersebut dan mengikuti kawan-kawanku ke padang kawasan Outwardbound Lumut.
Setibanya di situ, aku pun turut menyanyi lagu kebangsaan Singapura. Setelah itu, kami diberi sebuah beg plastik yang mengandungi makanan untuk aktiviti yang akan datang. Semua murid sedang berasa agak risau kerana kami harus berkhemah bersendirian di dalam hutan. Murid-murid akan diberi suatu lokasi di dalam hutan berdekatan dan mereka harus tinggal di kawasan tersebut selama satu hari. Setelah itu, guru-guru pun membawa murid-murid ke hutan tersebut.
Semua murid diletakkan sejauh 15 meter dari satu sama lain. Bila tiba di kawasanku, aku pun meletakkan beg di tepi sebuah pokok dan mula memeriksa kawasan tersebut. Terdapat beberapa batu-bata di tengah kawasanku dan serbuk belerang ditaburkan di sekeliling kawasanku.
Setelah beberapa minit kemudian, aku mula menaikkan khemahku. Aku sengaja mengambil masa yang lama untuk melakukan tersebut kerana aku tahu tiada apa-apa lagi yang aku boleh lakukan untuk menghilangkan kebosanan. Setelah selesai, aku pun masuk ke dalamnya dan baring sebentar. Aku sudah mula berasa bosan kerana tidak tahu apa lagi yang aku boleh lakukan. Tidak lama kemudian, aku pun tertidur.
Bila aku tersedar, jam sudah pukul 3 petang. Aku tidak sedar yang aku telah tertidur selama sejam. Aku pun mengumpul kayu api untuk masak. Tidak beberapa lama kemudian, aku pulang ke khemahku dengan kayu api yang telah dikumpul. Dengan hanya menggunakan selidi mancis, aku telah berjaya menyalakan api yang agak besar. Aku tersenyum kepuasan dan mula memasak untuk makan petang.
Tiba-tiba, aku terdengar seperti seorang sedang mejalan ke arah kawasan perkhemahanku. Aku fikir mungkin guru sedang memeriksa keadaan murid-murid atau kawanku yang sudah merasa bosan telah datang untuk berbual. Aku pun menoleh ke arah suara tersebut. Tiba-tiba suara perjalanan tersebut berhenti. Aku ternampak seperti seorang lelaki yang sedang mengangkat sebuah benda berwarna merah. Aku tidak pasti sesiapa orang tersebut kerana dia sedang berdiri di belakang beberapa dahan. Aku pun cuba memeriksa orang tersebut.
Megapakah dia diam sahaja? Aku mula tertanya bersendirian. Tiba-tiba, ia mengaum dengan amat kuat. Aku terus berdiri dan mula melari ke arah kawasan perkhemahan guru di atas bukit berdekatan. Hatiku mula berdegup dengan pantas. Aku ketakutan sambil kekaguman.
Setibanya di kawasan perkhemahan guru, aku terdapat dia sedang tidur. Aku terus mengejutkannya dan memberitahunya tentang kejadian tersebut. Pada masa itu, aku mula berasa marah. Beberapa kali aku memberitahunya ia agak tinggi dan mukanya merah terang tetapi dia hanya mengatakan ia seekor babi hutan. Dengan itu, aku pun pulang ke kawasan perkhemahanku.
Aku berjalan dengan perlahan-lahan. Aku masih berasa ketakutan. Setelah lima minit, aku pun masuk ke dalam khemahku. Aku tidak dapat lupakan peristiwa tersebut. Aku hanya duduuk di dalam khemahku kerana takut makhluk tersebut akan pulang semula. Beberapa minit sebulum maghrib, aku telah menyalakan api sekali lagi. Aku meletakkan semua kayu apiku ke dalam api tersebut supaya ia akan tahan sampai larut malam. Setelah itu, aku cuba tidur, tetapi tidak berjaya.
Apabila malam tiba, ketakutanku mula meninggi. Hutan itu sudah menjadi gelap sekali. Aku tidak dapat lihat luar khemahku tanpa lampu suluh. Apabila aku terdengar apa-apa sahaja berjalan, aku akan mengetukkan botol airku dengan lampu suluh. Guru tersebut telah menyuruhku melakukan tersebut jika makhluk tersebut pulang semula ke kawasan perkhemahaku.
Masa seperti tidak berjalan. Aku berasa seperti sudah satu jam yang lalu tetapi hanya lima minit. Aku tidak dapat tidur sampai jam empat pagi. Tiga jam kemudian, kawanku telah mengejutkanku dan menolongku bersiap untuk pulang ke kawasan Outwardbound Lumut. Ketakutanku terus hilang. Aku tidak sabar untuk melakukan tersebut.
Seminggu kemudian, setelah aku sampai ke Singapura, aku pun cuba mencari di tapak halaman internet makhluk yang aku telah terjumpa di hutan tersebut. Binatang yang paling dekat rupanya ialah sejenis monyet. Setelah membacai diskripsi monyet tersebut, aku terkagum. Monyet tersebut hanya boleh didapati di Amerika dan ia tidak beberapa tinggi. Tidak mungkin monyet tersebut makhluk yang aku telah ternampak. Aku pun menggaruk kepalaku.
kakashi kicks aT 6:16 PM
Thursday, June 28, 2007
Mangsa-mangsa tsunami mest gembira!
Tarikh :23/5/2007
Tempat :Sekolah Menengah Fairfied Methodist
Bilangan Pelajar :200
Matlamat : Meningkatkan muhasabahdiri pelajar-pelajar tentang kesusahan mangsa-mangsa bencana tsunami
Pada tanggal 25 Mei 2007, murid-murid dari menegah 3 ekspress telah mengadakan sebuah pementasan untuk mengutip dana bagi mangsa bencana tsunami. Persiapan untuk pementasan ini berlaku dua minggu sebelum tanggal yang ditetapkan. Mereka yang ingin menyanyi atau berlakon harus melalui sebuah sesi ujibakat. Mereka yang dipilih harus berlatih tiga kali seminggu untuk bersedia untuk pertunjukkan mereka. Mereka yang tidak mahu menyani atau berlakon akan menjual beberapa jenis makanan seperti nasi goreng dan sebagainya. Wang yang mereka dapat akan didermakan juga ke mangsa-mangsa bencana tsunami. Pada hari pementasan itu, ramai pelajar dan guru mengatakan pementasan tersebut sangat baik. Terdapat juga antara mereka yang telah membawa baju-baju dan buku lama mereka untuk didermakan. Setelah pementasan tersebut selesai, ramai murid telah menolong guru-guru meletakkan dana yang didapati ke dalam kotak-kotak untuk dihantarkan ke mangsa-mangsa bencana tsunami. Tentu sekali mangsa-mangsa bencana tersebut akan berasa gembira kerana banyak dermaan telah dikutip.
Hambali
kakashi kicks aT 5:09 PM
Monday, June 25, 2007
Ramai remaja dewasa ini yang terlibat dalam kegiatan seks rambang dan ini menimbulkan banyak masalah. Hanya diri mereka sahaja yang patut dipersalahkan. Apa pendapat kamu???
Seks ialah suatu topik yang jarang, kalau tidak, yang ibu bapa membincangi bersama kanak-kanak mereka, terutama mereka yang remaja dewasa. Ini satu daripada banyak faktor yang menyebabkan seks remaja dewasa pada zaman ini meningkat. Seks remaja tidak jarang, malah, ia sering berlaku. Remaja-remaja sekarang telah menjadi lebih berani.
Ada beberapa sebab mengapa remaja-remaja melakukan seks. Pertama sekali, ibu bapa mereka tidak membincangi tentang isu ini bersama mereka. Ibu bapa mereka harus memberitahu mereka mengapa seks rambang tidak patut dilakui kerana mereka boleh menjangkiti sakit kelamin. Beberapa sakit kelamin boleh mendatangkan maut kerana tidak boleh diubatkan. Kedua, mereka dikawal dengan rapi. Remaja-remaja harus dikawal dengan ketat. Seseorang remaja itu mungkin memulai dengan menonton seks melalui internet. Setelah itu, dia mungkin mahu mencubanya. Ini menunjukkan apa yang remaja itu melakukan harus dikawal.
Antara masalah-masalah yang akan dihadapi jika remaja itu melakukan seks rambang ialah dia akan menjadi hamil. Ini masalah yang sangat besar. Jika dia memilih untuk mengugurkan bayinya, sama seperti membunuhi seorang manusia, tetapi anaknya. Ia juga haram untuk melakukan tersebut dalam umat Islam. Masalah lain ialah dia mungkin boleh menjadi tertagih dengan seks. Semangkin lebih seseorang itu melakukan seks, semangkin tinggi kemungkinan dia terjangkit penyakit kelamin.
Dengan itu, saya menutupkan perbincangan ini dengan mengatakan semua orang boleh membuat pilihan. Pilihan-pilihan itu ada tanggungjawabnya. Terutamanya, orang yang melakukan apa sahaja harus mengambil tanggungjawab kepada kelakuannya itu.
kakashi kicks aT 2:12 AM
Sunday, March 18, 2007
Kerja-kerja rumah yang sering diberikan oleh guru-guru patut ditiadakan.
Kerja-kerja runmah diberi supaya murid tersebut dapat menyemak apa yang telah diajar dalam kelas. Kerja rumah juga diberi supaya guru murid itu dapat tahu kekuatan dan kelemahannya.
Pada pendapat saya, kerja-kerja rumah patut diadakan tetapi hanya sedikit sahaja. Ini kerana jika seorang guru memberi banyak kerja rumah, murid itu akan berasa tekanan. Ini kerana guru-guru lain juga memberi kerja rumah dan akhirnya terdapat terlalu banyak kerja rumah untuk dilakukan. Untuk menyelesaikannya, murid-murid kadang kala akan tidur lewat malam. Ini tidak sihat kerana masa dia tidur tidak cukup.
Murid-murid juga harus memain. Selalunya, guru-guru di sekolah akan memberi terlalu banyak kerja rumah. Sebab ini, murid itu tidak akan ada masa untuk memain. Murid-murid akan berasa sedih dan terlalu penat. Ini boleh menyebabkan mereka tidak mahu melakukan kerja rumah atau melakukannya secara sembarangan.
Saya rasa kerja rumah tidak patut diberi kerana seorang murid akan pergi ke sekolah selama 7 jam sehari. Bila dia sampai ke rumah, dia harus melakukan kerja rumahnya kira-kiranya selama 2 jam. Dia akan merasa terlalu penat untuk menyemak kerjanya.
Dengan sebab-sebab yang diberi, sya rasa kerja rumh patut diberikan tetapi sedikit sahaja. Ini kerana guru-guru lain juga akan memberi kerja runah. Ini mungkin sebab seorang murid ada terlalu banyak kerja rumah; kerana seorang guru terlupa guru lain juga memberi kerja rumah.
kakashi kicks aT 8:52 AM
Huraikan bagaimana semangat hidup kejiranan dapat dipupuk di kalangan penduduk Singapura
Pada zaman yang lalu, semangat hidup kejiranan sangat tinggi. Kita tentu pernah mendengar tentang orang-orang di dalam sesuatu kampung yang akan menolong satu sama lain pada masa perkahwinan dan sebagainya. Tetapi, pada zaman sekarang, agak susahsusah untuk melihat sedemikian. Antara sebab-sebab ini ialah kemaluan.
Cara-cara untuk meningkatkan semangat hidup kejiranan tidak begitu susah. Anda boleh memberi salam apabila menjumpai jiran anda. Bila ini berlaku, mereka juga akan membuat tersebut. Tidak beberapa lama kemudian, kemaluannya mungkin pun hilang dan dia akan memberi salam kepada jiran-jiran yang lain. Dari sini, mereka akan mula berbual dan semangat kejiranan pun akan meningkat.
Makanan atau barangan juga boleh diberi kepada jiran-jiran yang lain. Contohnya, pada tahun baru Cina yang lalu, keluarga saya telah memberi dua pokok limau kepada jiran saya. Setelah itu, keluarga saya telah menjadi lebih rapat kepada jiran tersebut. Ibu bapa saya akan berbual bersama mereka apabila mereka bertemu. Juga, pada hari raya yang lalu, jiran saya telah memberi saya dan adik saya $30 sebagai duit raya. Keluarga saya pula telah memberi mereka lauk-pauk yang telah dimasak.
Kanak-kanak juga boleh memain bersama anak-anak jiran mereka. Bila ini berlaku, ibu bapa anak-anak tersebutakan bertemu bersama ibu bapa kawan-kawannya. Dari sini, mereka mungkin akan berbual dan semngat hidup kejiranan datat dipupuk.
Ini cara-cara saya. Terdapat banyak lagi cara-cara yang lain. Anda patut adakan semangat hidup kejiranan yang tinggi.
kakashi kicks aT 7:20 AM
Sunday, February 25, 2007
Remaja dan Tatu. Bincangkan.
Pada zaman ini, remaja-remaja lebih berani. Mereka mampu menghadapi kesakitan yang teruk untuk mengadakan tatu di badan mereka. Pada mereka, tatu ialah lambang kekuatan dan kebenarian. Terdapat agak ramai remaja yang bertatu. Mereka boleh dijumpa di mana-mana sahaja.
Proses untuk mengadakan tatu sangat menyakitkan. Jika seseorang itu tidak berasa gemar dengan tatunya selepas diadakan di badannya, dia tidak boleh menukarnya. Proses membuang tatu mahal dan lebih menyakitkan. Ia juga akan meninggalkan sebuah bekas luka di tempat tatu itu. Terang sekali kita boleh melihat yang untuk mengadakan sebuah tatu mahal.
Bisanya, remaja mengadakan tatu kerana mereka mahu berlainan dari orang lain. Mereka mahu dianggapi sebagai istimewa. Pada pendapat saya, betul mereka istimewa tetapi bukan dalam segi yang baik. Tatu merosakkan imej seseorang itu. Tentu sekali pendapat pertama yang akan datang kepada seseorang apabila dia melihati seorang yang betatu ialah dia seseorang yang jahat. Ini berlaku setiap kali. Naluri kita akan menyebabkan kita tidak mahu mendekati remaja-remaja sebegitu. Ini menunjukkan tatu tidak disukai oleh masyarakat kita.
Pada zaman ini, agak ramai remaja tidak ada kaitan rapat bersama keluarga mereka. Kadang-kala, ini menyebabkan mereka senang dipengerahui oleh kawan-kawan mereka. Mereka berasa lebih selamat bersama kawan-kawan mereka. Ini sering menyebabkan mereka memasuki kumpulan penjahat. Di situlah mereka akan melakukan hampir-hampir apa sahaja yang kawan-kawan mereka menyuruhi. Antara apa yang disuruhi biasanya mengadakan tatu untuk menunjukkan mereka di dalam kumpulan tersebut.
Dengan itu, saya berpendapat bahawa isu remaja bertatu boleh dielakkan. Antara cara-cara untuk melakukan tersebut ialah ibu bapa harus menunjukkan kesayangan mereka terhadap anak-anak mereka dengan memuji mereka atau keluar melakukan aktiviti bersama mereka. Ini akan memberitahu anak-anak mereka yang mereka disayangi. Sebab inilah mereka tidak akan melakukan yang tidak senonoh seperti mengadakan tatu untuk menentang kawalan ibu bapa mereka.
kakashi kicks aT 9:36 PM
Kawalan ibu bapa yang ketat terhadap gerak-geri anak-anak mereka amat perlu dewasa ini. Apa pendapat kamu?
Pertama kali, definasi “kawalan” bagi pihak ibu bapa pada saya ialah kementerian mereka terhadap anak-anak mereka. Ini amat penting dalam sebuah keluarga kerana ia memastikan anak-anak mereka menjadi seseorang individu yang bertanggungjawap. Sebab ini, saya bersetuju dengan apa yang telah dikatakan.
Remaja dewasa perlu kawalan ibu bapa mereka. Ini kerana masa remaja masa yang sangat kritikal dalam hidupan mereka. Pada masa inilah perlakauan mereka akan mempengerahui diri mereka. Remaja juga senang dipengerahui oleh sahabat-sahabat mereka. Contohnya, terdapat lebih 10% jumlah remaja yang merokok. Ramai dipengerahui oleh sahabat-sahabat mereka terutamanya di sekolah. Ini menunjukkan kawalan ketat terhadap gerak-geri mereka amat penting.
Tetapi, kawalan ketat terhadap mereka juga tidak beberapa baik. Ini kerana perasaan “tidak bebas” akan menimbul. Ini boleh menyebabkan remaja itu sengaja melakukan yang tidak sesuai untuk menentang kawlalan ketat itu. Kadang-kala, apa yang dilakukan boleh mengakibatkan kesihatan mereka menurun atau mereka ditangkap oleh polis. Ini menunjukkan kawalan yang terlalu ketat juga tidak bagus.
Ibu bapa saya mengizinkan saya keluar bersama kawan-kawan saya untuk melakukan apa-apa sahaja. Tetapi, mereka akan mengingatkan saya supaya berkelakuan yang baik. Mereka tidak akan mengizinkan saya keluar terlalu banyak kali. Ini menunjukkan mereka mengawal kelakuan saya, tetapi tidak terlalu ketat. Semua orang akan rasa kepuasan, saya dapat keluar, ibu bapa tahu saya tahu saya tidak akan sesat jalan.
Dengan itu, saya rasa ibu bapa harus mengawal anak-anak mereka tetapi pengawalan ini tidak boleh terlalu ketat. Ia juga tidak boleh terlalu longgar.
kakashi kicks aT 7:57 AM